Majlis Ugama Islam

Piagam Pelanggan


Masalah berhubung dengan akidah

Ajaran sesat
Tindakan : Dua bulan.

  • Mengetahui ajaran yang diamalkan.
  • Menghadapkan kepada pakar.
  • Mengetahui pengasas / pengikut.
  • Laporan.


Perdukunan dan perubatan
Tindakan : Tiga bulan.

  • Membuat panggilan ke atas saksi-saksi untuk mengambil keterangan.
  • Menyaksikan pendukunan / perubatan yang dijalankan.
  • Membuat panggilan ke atas yang diadukan untuk diambil keterangan.
  • Membuat rumusan dan pandangan.
  • Menghadapkan kependakwaan.
  • Membuat panggilan ke atas yang diadukan untuk dinasihati jika kes ini tidak dibawa ke mahkamah.
  • Laporan.


Murtad
Tindakan : Enam minggu.

  • Mengetahui perkara-perkara yang dilakukan bertentangan dengan agama Islam.
  • Mendapatkan latar belakang kehidupan orang yang diadukan untuk mengetahui punca-punca berlakunya murtad.
  • Laporan.


Penyebaran ugama selain ugama Islam
Tindakan : Enam minggu.

  • Mengetahui kegiatan yang dijalankan.
  • Mengetahui penyebar dan pengikut.
  • Laporan.


Pembinaan gereja, to'pikong dan rumah berhala
Tindakan : Enam minggu.

  • Mendapatkan butir-butir pemilik.
  • Mengetahui kegiatan yang dijalankan.
  • Laporan.


Buku atau risalah yang mengelirukan
Tindakan : Enam minggu

  • Mendapatkan buku / risalah yang meragukan.
  • Merujuk buku / risalah berkenaan kepada pakar atau Pusat Da'wah lslamiah.
  • Laporan.


Pakaian dan barang-barang peralatan yang mengandungi ayat-ayat Al-Quran, ukiran atau corak dan perkataan yang boleh menjejaskan imej Islam
Tindakan : Enam minggu.

  • Mendapatkan pakaian dan barangan peralatan berkenaan.
  • Merujuk pakaian dan barang peralatan berkenaan kepada pakar atau ke Pusat Da'wah lslamiah.
  • Laporan.


Membuat perkara-perkara yang menghina Islam
Tindakan: Tiga bulan.

  • Mengetahui perkara-perkara yang dilakukan bertentangan dengan agama Islam.
  • Membuat panggilan ke atas saksi-saksi untuk diambil keterangan.
  • Membuat panggilan ke atas yang diadukan untuk diambil keterangan.
  • Menghadapkan ke pendakwaan.
  • Membuat panggilan ke atas yang diadukan untuk dinasihati jika kes ini tidak dibawa ke Mahkamah.
  • Laporan.


Menahan atau menegah orang Islam dari sembahyang Jumaat dan sembahyang Fardu Lima Waktu
Tindakan: Enam minggu.

  • Mendapatkan penjelasan daripada saksi-saksi.
  • Meminta penjelasan daripada majikan-majikan.
  • Menasihati majikan-majikan.
  • Laporan.

|| Misi | Matlamat | Fungsi | Peranan | Bahagian | Piagam Pelanggan | Maklumbalas ||

|| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts | Related Sites ||