Jabatan Hal Ehwal Syar'iah

Bahagian-Bahagian

          Bahagian Pentadbiran

  • Bahagian ini secara menyeluruh mengendalikan dan menguruskan kerja-kerja hal ehwal pentadbiran harian pejabat.
     

  • Mengurus semua perkara yang bersangkutan dengan surat-menyurat pegawai dan kakitangan, hubungan dengan kementerian-kementerian, jabatan-jabatan, pertubuhan-pertubuhan, pihak swasta, orang perseorangan dan lain-lain samada dalam dan luar negeri.
     

  • Pengurusan hal-hal kewangan seperti gaji, elaun-elaun, pinjaman, dan mengawal peruntukan kewangan yang diperuntukan kepada jabatan.

    Bahagian Penguatkuasaan Agama
     

  • Menjalankan kuasa-kuasa yang diberikan oleh Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-Mahkamah Kadi Penggal 77, Akta Mahkamah Syariah Penggal 184,Perintah Undang-Undang Keluarga Islam 1999 dan Perintah Pengangkatan Kanak-Kanak dalam Islam 2001.

  • Membenteras maksiat dan kesalahan ugama.

  • Mengawal umat Islam dari terpengaruh dengan ajaran-ajaran sesat yang bertentangan dengan akidah ugama Islam,
     

  • Mengawal perkembangan ugama selain ugama Islam dan mengawal kegiatan dakwah di negara ini supaya tidak dipengaruhi oleh apa jua fahaman atau mazhab yang tidak bersesuaian dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah Mazhab Syafie,

 

  • Memberikan cadangan/nasihat kepada pihak yang berkenaan berhubung dengan hal ehwal akidah.


Bahagian Khidmat Nasihat Keluarga

  • Membantu orang ramai yang ingin mendapatkan khidmat dan nasihat dalam perkara yang berhubungkait dengan hal ehwal kekeluargaan.

  • Memberikan kursus Pra Nikah dan kursus-kursus semasa kepada masyarakat dan

  • Sebagai sumber rujukan bagi mahasiswa/mahasiswi dari universiti tempatan dan luar negeri dalam hal ehwal kekeluargaan.

Bahagian Halal Haram

  • Menguatkuasakan Akta Daging Halal Penggal 183 dan undang-undang lain yang berkenaan.

  • Mengawal kemasukan daging-daging yang akan dipasarkan di negara ini adalah bersumber dari pusat-pusat penyembelihan yang diiktiraf halal oleh Majlis Ugama Islam,

  • Mempastikan kehalalan keluaran daging-daging tempatan.
     

  • Mengawasi dan memata-matai pusat-pusat penyembelihan yang telah diberi sijil penyembelihan Halal oleh Jabatan Hal Ehwal Syar'iah.
     

  • Mengawasi kehalalan permakanan orang-orang Islam.

Bahagian Penyelidikan

  • Mengkaji dan menyelidik ajaran-ajaran atau fahaman-fahaman yang bertentangan dengan akidah serta syariah ajaran ugama Islam

  • Mengenal pasti gerakan-gerakan yang cuba menyelewengkan ajaran suci agama Islam dan fahaman-fahaman yang dibawa oleh arus permodenan,

  • Menerbitkan bahan-bahan hasil kajian bagi keperluan masyarakat Islam dan pihak-pihak yang berkenaan.
     

  • Menyelaras bimbingan atau kaunseling kepada orang-orang yang terlibat dengan penyelewengan dan pencemaran akidah serta ajaran sesat.

 

 

 

 


|| Misi | Matlamat | Fungsi | Peranan | Bahagian | Piagam Pelanggan | Maklumbalas ||

|| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts | Related Sites ||