Pengenalan
Jabatan Hal Ehwal Syar'iah telah ditubuhkan pada 21hb. Oktober,
1986 iaitu, sejak Jabatan Hal Ehwal Ugama dinaikkan tarafnya menjadi
sebuah Kementerian yang sekarang dikenali sebagai Kementerian Hal
Ehwal Ugama.
Pada awal penubuhan Jabatan ini telah beribu
pejabat di Tingkat 3, Bangunan Kementerian Hal Ehwal Ugama, Bandar
Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam sehinggalah pada tahun 1994,
iaitu apabila Jabatan ini berpindah ke Tingkat 4, Bangunan Plaza
Athirah, Jalan Kubah Makam Di Raja, Jalan Tutong, Negara Brunei
Darussalam. Kemudian pada tahun 1998 Jabatan ini berpindah
semula ke Tingkat 2, Bangunan Kementerian Hal Ehwal Ugama Lama,
Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam hinggalah sekarang.
Jabatan Hal Ehwal Syar'iah ditadbir oleh seorang Pengarah dan seorang Penolong Pengarah.
Pada masa ini Jabatan Hal
Ehwal Syar'iah mengandungi Bahagian-Bahagian seperti berikut :

Struktur (image besar)
Download
(Microsoft PowerPoint) 724KB